Tuesday, February 15, 2011

Kamu Melayu pengkhianat!!!


Jika zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu tumbang akibat daripada perbuatan khianat oleh pedagang-pedagang dari luar serta terdapat sendiri masyarakat pembesar Melayu yang khianat pada bangsa sendiri menyebabkan pada tahun 1511, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka akhirnya tumbang kepada penjajah Portugis.

Persoalannya, mengapa terdapat manusia sebangsa yang sedemikian. Tidak kira apa juga bangsa, tidak kira apa juga agama dan pegangan, tidak kira sama ada kaya atau miskin, itulah lumrah hidup di dunia ini.

Kita semua tahu, matlamat mereka cuma satu iaitu mengecapi kekayaan dengan langkah dan kerja yang senang. Dengan cara yang mudah. Dengan kata lain, menjadi tali barut kepada penjajah yang menjadikan kemewahan hidup berupa wang ringgit, emas dan kedudukan. Kerana itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Persoalan tambahan, tidakkah mereka terfikir kesannya kepada bangsa dan juga negara? Tidakkah mereka tahu, perbuatan mengkhianati agama, bangsa dan negara adalah satu tindakan yang cukup hina. Tidakkah mereka tahu, perbuatan sedemikian tidak dapat dimaafkan? Seperti shamsiah fakih yang menjadi tali barut komunis.

Usahlah kita lihat contoh yang besar, mungkin kita tidak dapat memahami maksudnya. Cuba fikirkan dalam konteks yang lebih kecil, satu organisasi perniagaan keluarga. Tidak kira sama ada besar atau kecil. Jika salah seorang ahli keluarga dalam organisasi tersebut menjual maklumat kepada syarikat luar semua maklumat-maklumat penting sehinggakan  perniagaan organisasi menjadi semakin mundur atau mungkin juga akan bankrap.

Atau, cuba fikirkan pula contoh yang lain. Suami dan isteri. Kita semua tahu, hubungan antara suami dan isteri merupakan rahsia mereka berdua. Maknanya, orang lain tidak akan tahu. Jika, si isteri atau si suami menceritakan aib pasangan masing-masing kepada oraang lain. Tidakkah itu kita boleh golongkan dalam golongan mengkhianati pasangan masing-masing? Tidakkah itu satu perbuatan yang cukup hina? Tidakkah pasangan masing-masing kana merasa malu dan aib dengan orang ramai?

Dan sekarang, kita bangsa Melayu masih lagi tidak belajar daripada sejarah yang lepas. Sejarah telah terukir dengan pelbagai kejadian dan peristiwa buruk dan cukup tragis. Adakah mereka ingin mngukirnya sekali lagi? Adakah mereka ingin mengulangi sejarah yang sama yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara? orang-orangs ebegini sepatutnya kita hapuskan dari muka bumi ini. Bagi aku, itulah gunanya ISA yang dilaksanakan semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. ISA bukan satu bebanan sebaliknya satu rahmat dan keperluan selagi ia tidak disalahgunakan.

Sejarah mengatakan betapa bersusahpayahnya para patriotik negara dalam menuntut kebebasan dan kemerdekaan untuk negara. Sejarah mengatakan, patriotik negara akhirnya berjaya dalam tuntutan mereka tanpa menitikkan darah walau setitik. Walaupun semasa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dahulu banyak menitikkan darah, ramai wanita-wanita menjadi balu, ramai kanak-kanak bergelar yatim namun kemerdekaan diperolehi tanpa setitik darah pun yang gugur ke bumi.

Jadi janganlah kita sebagai anak-anak merdeka mengulangi sejarah hitam 500 tahun yang lalu. Usahlah menjadi tali barut kepada bangsa asing. Usahlah menjadi pengkhianat agama, bangsa dan juga negara. Janganlah kita ulangi peristiwa hitam yang pernah menyelubungi datuk nenek kita dahulu. Bersusah payah mereka memerdekakan negara. Jangan pula kita dengan senang menyerahkan semula kepada bangsa asing.

Fikir-fikirkan lah.....

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin