Saturday, February 5, 2011

Inikah Islam kamu? Inikah iman kamu?


Sekadar satu andaian yang belum pastinya tepat. Dalam tiga hinga empat hari yang berlalu, aku hanya membaca entri-entri yang dipost oleh beberapa blogger tidak kira blogger PAS atau pun UMNO. Termasuk sekali blog yang tidak mempunyai kaitan dengan agenda politik.

Terdapat banyak perbezaan keterangan dan fakta yang diberikan oleh blogger-blogger dari Malaysia. Jika entri tersebut dikarang oleh blogger anti kerajaan atau dengan lebih tepatnya blogger pro-PAS dan PKR, entrinya tidak lain dan tidak bukan hanya lebih menumpu kepada agenda memburuk-burukkan kerajaan. Manakala jika entri tersebut dikarang oleh blogger pro kerajaan, maka ianya entri yang lebih memihak dan mempertahankan kerajaan.

Namun kita sebagai rakyat yang neutral, maknanya tidak memihak kepada mana-mana parti politik lebih menghasilkan entri dengan memberikan maklumat dan situasi semasa yang hanya mendapat sedikit maklumat dari kawan-kawan dan laman web asing.
Jadi, mana satu yang harus kita percayai memberikan maklumat yang tepat? Oleh yang demikian, aku lebih berpegang kepada pihak yang ketiga iaitu golongan blogger yang neutral tanpa agenda politik.

Sebentar tadi aku membaca entri yang dihasilkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk NIk Aziz bin Nik Mat, jawapan kepada entri Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Bagi aku, ia satu hujah dan debat yang positif. Masing-masing mempertahankan kewibawaan masing-masing.

Salah satu rangkap yang aku cukup gemar berbunyi sebegini :

Aku masih ingat lagi apa tindakan anwar ketika menjanjikan akan menawan Putrajaya pada 16 September yang lalu. Tidakkah tindakan mereka lebih kepada " mengajak " ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai mereka dengan meletakkan wang ringgit sebagai habuan? Aku cukup konfius apabila mereka mengatakan sesuatu yang pada awalnya mereka lakukan. Ikutlah hangpa nak buat apa, asal jangan dipotong di ambil duit aku sudah.

Lagi satu petikan yang aku cukup gemar :
PAS merupakan parti yang lebih mementingkan Islam dan Iman. Itu yang ingin dijelaskan oleh Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Bin Nik Mat. Oleh itu, pengikut-pengikut PAS semestinya seorang Islam yang berpegang kepada prisip Keislaman yang jitu atau dengan kata lain, seorang yang beriman. Jadi, kata-kata yang terkeluar dari mulut mereka seharusnya sopan santun dan berbudi bahasa selaras dengan kehendak Islam. Tidak mencerca orang sesuka hati walaupun orang tersebut bukan Islam seperti yang Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat terhadap LKY. Berbudi bahasa, sopan santun, dan pekerti yang mulia.

Namun, bagaimana kita boleh golongkan orang yang seperti di bawah ini seorangyang beriman? Kita tahu, mereka merupakan pengikut PAS. Pengikut PAS yang cukup teguh. Pengikut PAS yang beramal dengan Islam dan Beriman.


Adakah kerana ingin menunjukkan yang diri mereka bersopan dan berbudi pekerti, mereka sekadar menaip B***T  sahaja. Kenapa tidak terus sahaja di taip B U R I T ? Bukankah itu yang kamu ingin sampaikan? Inikah yang dikatakan beriman? Inikah yang dikatakan Islam?

Bagaimana yang dikata Islam? Bagaimana yang dikatakan berimah? Adakah seperti komen di atas? Mencarut, maki hamun. Begitukah caranya? Atau beginikah caranya?

Mana lebih yang dikatakan Islamnya?  Jika seperti yang di atas, maka aku yakin, aku tidak akan pernah sama sekali menyokongnya. Aku sama sekali tidak akan memberikan undi kepada PAS mahupun PKR. Biarlah aku bazirkan 1 undi milik aku untuk BN. Jahat-jahat UMNO, aku sudah tahu tapi jahat-jahat PAS dan PKR, aku belum tahu. 

" Its better be a friends with the devil you know then a person you never know before. "

 Jadi apa yang kita mahukan sebenarnya? UMNO-BN yang kita katakan sebagai penghisab darah rakyat. Menyusahkan rakyat. membuat rakyat hidup semakin derita. Atau PAS-PKR yang dikatakan boleh membawa perubahan kepada rakyat. Yang akan memberikan kesenangan untuk rakyat-rakyat.

Benar kata orang tua-tua, apabila orang tidak suka dan tidak mahu lagi. Walaupun kita tunjukkan 1000 kebaikan, mereka tetap akan nampak yang 1 keburukan. Bahkan keburukan yang 1 tu lebih besar dari 1000 kebaikan. Sudah menjadi lumrah alam sedemikian. Walau sebaik mana kamu, semulia mana kamu, seikhlas mana kamu berbuat kebaikan terhadap seseorang, jika kamu sudah tidak disukai, kau akan tetap tidak disukai.

Bila mereka akan sedar?
Senang sahaja, apabila kamu digantikan dengan apa yang mereka suka. Namun, apa yang menggantikan kamu itu tidak menunjukkan sesuatu yang diharapkan. Bahkan mereka lebih teruk lagi melayani mereka. Tika itu mereka akan menyesal. Tika itulah mereka akan sedar akan kebaikan yang kamu lakukan terhadap mereka dahulu. Tika itu, jika terdesak mereka akan bertindak seperti mana rakyat Mesir bertindak sekarang. Itulah yang akan terjadi.

Seperti mana yang berlaku ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu. Betapa ramai yang tidak sukakan beliau. Betapa ramai yang bencikan beliau. Betapa ramai yang mahukan beliau berundur. Tika beliau mengumumkan kenyataan semasa perhimpunan agung UMNO hasrat untuk bersara, apa reaksi rakyat? Mereka sangat sukakannya. Mereka bersyukur Tun Dr. Mahathir berundur. Bagi mereka, satu beban telah dihapuskan. Sokongan pengunduran beliau ditunjukkan semasa PRU-11. Mereka memberikan sokongan yang jitu terhadap kepimpinan pak lah.Hinggakan Kelantan terpaksa menubuhkan kerajaan campuran kerana UMNO-BN hampir-hampir menawan Kelantan.

Panas tidak sampai ke petang sebaliknya hujan di tengah hari. Itulah yang sebenarnya berlaku. Tidak pernah dalam sejarah harga petrol meningkat melebihi RM1 dalam satu masa. Dan tika inilah mereka baru teringatkan kebaikan Tun Dr. Mahathtir yang tidak pernah menaikkan harga petrol sedemikian tinggi. Hinggakan terdapat ura-ura yang mahu mengembalikan Tun sebagai perdana menteri malaysia kembali. Inilah orang Islam Melayu di Malaysia.


Note : Orang Islam Melayu hanya pandai cakap sahaja. Cakap lembut gigi dari lidah. Tapi habuk pun tadak!!! 

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin