Sunday, February 6, 2011

Melayu dahulu dan Melayu sekarang


Melayu, ada yang baik dan ada yang tidak baik. Begitu juga dengan penganut agama Islam. Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Iman itu adalah pengukur kualiti. Iman merupakan kayu pengukur dalam menentukan kualiti sebagai seorang Islam. Jadi, apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah baik buruk seorang Islam bukan ditentukan kerana mereka adalah Islam tetapi ditentukan dengan tahap keimanan masing-masing.
Seorang Islam belum tentu bercakap benar tapi seorang Islam yang beriman sudah pasti akan bersikap jujur dan amanah. Bukan bertujuan memburukkan Islam tapi itu adalah hakikat. Kita Melayu, apabila lahir, terus beragama Islam. Itulah istimewanya kita. 


Namun, disebabkan mudahnya mendapat rahmat Islam menyebabkan kita tidak pandai untuk mengucap syukur. Disebabkan itu juga generasi sekarang mengaambil mudaah berkenaan dengan Islam  sehinggakan wujudnya ajaran-ajaran sesat. Mereka mengambil mudah dalam semua hal keaagamaan. Kita boleh golongkan golongan ini sebagai golongan Islam taapi tidak berkualiti. Disebabkan itulah, mereka mudah menerima pendapat dari mereka-mereka yang bukan Islam yang berlandaskan kepada hukum logik semata-mata dan kepuasan peribadi amnya.

 Hukum logik dek akal, jika seseorang itu dikatakan terlalu keagamaan, mereka akan dikatakan sebagai kuno. Tidak mengikut peredaran zaman semasa yang berteknologi tinggi. Jadi, mereka akan menubuhkan kumpulan-kumpulan masing-masing yang berdasarkan kepada keinginan dan kepuasan masing-masing. Sama ada betul berlandaskan kepada agama atau tidak, itu belakang punya cerita. Yang penting, logik berlandaskan keadaan semasa dan diterima ramai.


Contohnya semasa zaman pra kemerdekaan, tika itu telah wujud kaum tua dan kaum muda. Jadi sekarang, kaum apa pula yang ingin ditubuhkan? Kaum remaja? Kaum lelaki? Kaum perempuan? Salah satu bentuk perpecahan.


Perpecahan bukan sahaja baru berlaku sekarang. 1400 tahun yang lepas sememangnya telah berlaku. Begitu juga di zaman khalifah empat sahabat Rasulullah. Perpecehan telah mula berlaku semasa pemerintahan Khalifah Uthman dan Ali r.a. 


Jadi tidak hairanlah Melayu di Malaysia juga turut berpeceh ekoran mengikut pendapat dan cita-cita. Cuma yang membezakan perpecahan dahulu dan sekarang adalah kerana kepentingan peribadi pemerintah atau pun ahli-ahli parti politik.


Note : bagi aku, selagi aku di pihak yang benar, aku tidak takut untuk mengatakan sesuatu yang patut aku katakan.

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin