Thursday, February 3, 2011

Satu andaian. mungkin?

Bila kita akan mati dan di mana kita akan di kebumikan, adalah suratan yang telah ditetapkan oleh Ilahi. Kita tidak tahu bila kita akan mati, dan kita tidak tahu bagaimana caranya kita akan mati, dan kita juga tidak tahu di bumi mana kita akan di kebumikan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kita manusia biasa, manusia yang amat lemah tidak dapat menentukan sampai bila kita akan hidup. Kita mungkin membuat perkiraan di mana kita ingin di kebumikan.

Jadi, sekadar satu andaian. Bukan perkara yang serius. Sekadar andaian dan tidak lebih dari itu.
Andaikan bahawa, PRU ke13 nanti, ditakdirkan BN akan kalah. Kerana pada perkiraan saya dan pendapat-pendapat yang saya perolehi dari " kawan-kawan " yang tertentu, Negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah amat sukar untuk ditawan kembali. Mungkin kita tidak mengakuinya kerana pada pandangan kita, PKR, PAS, dan DAP sudah tidak diterima oleh rakyat. Namun adakah kita pasti? Tahukah kita bahawa penyokong-penyokong tegar mereka seramai mana? Sedikitkah? Yang kita tahu, pemimpin-pemimpin tertinggi mereka keluar seorang demi seorang. Tidak kamu semua terfikir bahawa itu hanya sekadar lakonan politik semata-mata?

Masuk dan keluar dari mana-mana parti amat senang. Jadi, percayakah kamu semua yang keluar dari PKR dan PAS itu betul-betul menolak mereka atau hanya sekadar lakonan? Ini hanya satu andaian sahaja. Bukannya menuduh mereka sedemikian rupa.
Contohnya, zaid ibrahim. Berapa banyak parti yang dia ingin masuk dan berapa banyak parti yang dia ingin keluar..Adakah orang sebegini boleh dipercayai akan menyokong kita apabila mereka memihak kepada kita? Belum tentu la bro!!

Okay, berbalik kepada tajuk asal. Selain tiga negeri tersebut, negeri-negeri yang berada dalam senarai terlepas dari genggaman BN ialah Perlis, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Empat negeri terbabit dijangka akan dimenangi oleh pihak pembangkang iaitu Perlis dan Perak oleh PAS dan Melaka dengan Negeri Sembilan oleh DAP dan PKR. 

Soalnya mengapa?
Sifirnya cukup ringkas. Perkara sensitif adalah kenaikan harga barang-barang makanan. Sekarang sudah kedengaran bahawa harga-harga barangan makanan seperti susu, tepung akan mengalami kenaikan harga selepas Chinese New Year. Ini adalah perkara sensitif. Dengan kenaikan harga barang tanpa diimbangi kenaikan gaji dan upah. Sudah pasti akan membebankan rakyat. Jadi modal ini digunakan semaksimum mungkin oleh pembangkang unutk menawan hati rakyat terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar.

Jadi, program 100 hari yang diumumkan oleh anwar ibrahim cukup tepat.

Jika ini yang akan terjadi, cita-cita anwar untuk menakluk Putrajaya akan berhasil. Dan pastinya anwar akan menjadi perdana menteti. Dan seperti yang dijanjikan oleh anwar, timbalannya akan di isi oleh wakil dari kaum cina.

Dengan anwar sebagai perdana menteri dan wakil kaum cina sebagai timbalan perdana menteri sudah cukup untuk kita bayangkan apa nasib yang bakal kita hadapi.

Okay!! Ini hanya satu gurauan dan juga andaian. Adakah kita yakin anwar akan menjadi perdana menteri penuh untuk satu penggal? Dan jika ditakdirkan umur anwar tidak "sepanjang" yang diimpikan. Sudah pasti wakil kaum cina yang menjadi timbalan perdana menteri akan menjadi perdana menteri bukan?




nota : Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi seterusnya.......renungkan dan fikirkan.

peringatan : Hanya sekadar andaian sahaja.

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin