Tuesday, February 1, 2011

Kamu ja baik..aku ja yang salah

Cuba banyangkan...Apabila kita mempunyai persepsi bahawa pendapat dan tindakan kita sahaja yang betul manakala apa sahaja pendapat dan pandangan orang lain dan semua tindakan mereka dianggap tidak betul. Maka teruk lah.

Dan itulah yang berlaku sekarang dalam arena politik negara. Tidak kira sama ada BN, Pas, PKR, DAP atau apa saja. Hanya mereka sahaja yang betul, hanya mereka sahaja yang tepat dan baik. Apa sahaja pendapat orang lain, apa sahaja pandangan orang lain, apa sahaja tindakan orang lain. Semuanya tidak betul. Sana salah, sini salah.

Apa sahaja yang orang lain buat, tindakan mereka hanya memerhati dan mencari di mana salah, sdi aman silap. Seterusnya mulalah menghentam sana hentam sini. Kutuk sana, kutuk sini. Cerca sana, cerca sini. Namun apa hasilnya? Tin kosong jugak kan?


Cuba la belajar menerima dan berterima kasih. Jika malas mengungkap terima kasih pun. Diam sudah la.


Lagi satu, cubala belajar menerima pendapat orang lain. Jangan terus ditolak mentah-mentah. Yaang mana baik, kita ambik. Yang mana tidak baik. Tinggalkan jauh-jauh. Bukan payah pon kan?

1 comments:

Mashe said...

btoi3... aku sokong!~

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin