Thursday, June 9, 2011

DAP akan mengetuai kerajaan selepas PRU13!!!!!!

Aku masih ingat kata-kata bos aku, kita orang Melayu, sementara ada kuasa seharusnya berbuat sesuatu untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera yang lain. Jika tidak, pasti kita akan ditindas oleh bangsa asing seperti Cina dan India. Dalam kita yang masih lagi berkuasa pun, kita tetap ditindas juga terutamanya dalam aspek ekonomi dan perniagaan. 


Tapi, aku cukup sedih. Masih ramai Melayu-melayu di luar sana yang tidak nampak semua ini. Apa sahaja yang Melayu seperti mereka katakan, mereka dengan pantas menidakkannnya. Mereka hanya akan mengiyakan jika ada habuan untuk mereka. Dengan kata lain, Melayu yang ada sekarang, cukup murah nilai martabatnya. Mengapa? Apa sahaja yang dikatakan oleh bangsa asing seperti cina, Melayu di luar sana cukup cepat mengiyakannya. Sedangkan mereka tahu apa yang diperkatakan oleh cina itu sebenarnya tidap benar sekali.


Cuba kita lihat sekarang, ramai pemuda-pemuda dan gadis-gadis yang bekerja di kedai-kedai cina. Dan tahukah kamu apa yang diperkatakan oleh cina-cina tersebut terhadap orang-orang Melayu yang bekerja di kedai mereka? Ini bukan satu cerita rekaan, ini adalah kebenaran. 


Anak bos aku, sudah tentu orang Melayu. Namun dia fasih berbahasa cina. Ketika dia habis belajar tingkatan lima, ayahnya meminta supaya dia bekerja di kedaiorang cina dengan syarat tidak menunjukkan kebolehan berbahasa cina. Apa sahaja yang dikatakan oleh cina tersebut mesti dicatit didalam buku. Ternyata kata-kata mereka cukup menyakitkan hati. BODOH, TIDAK GUNA, GILA, dan yang seerti dengannya menjadi panggilan ganti nama diri untuk pekerja mereka tatkala mereka bersembang sesama mereka. Cukup dua bulan bekerja, sebelum berhenti, anaknya memohon untuk berhenti kerja dengan berbahasa cina. Jika boleh dirakam wajah dan reaksi cina tersebut ketika itu. Cukup terperanjat mereka.


Namun, aku cukup sedih dengan Melayu yang ada sekarang. Mereka tetap menyokong segala usaha dan mengiyakan kata-kata dari kaum cina mahupun india. Tidakkah mereka sedar, bagaimana nasib yang akan mereka terima suatu hari nanti. Ataupun tidakkah mereka terfikir nasib-nasib anak mereka pada masa akan datang? Tidak perlu mereka pergi jauh, tengok sahaja nasib-nasib Melayu di Pulau Pinang. Tanah-tanah mereka dengan senang "dicerobohi" dengan alasan pembangunan. Mereka tidak berkata apa-apa walau sepatah.


Tapi, apabila kerajaan ingin memajukan perkampungan Melayu ( kampung baru ) di Kuala Lumpur, terus dikatakan kerajaan seolah-olah seperti lintah yang menghisab darah. Mengumpul keuntungan dari titik peluh orang lain. Kerajaan akan menganiayai orang-orang Melayu ( pemilik tanah ) dengan merampas tanah mereka. Walhal pemilikan tanah tidak ditukar. Aku cukup hairan. Cukup hairan dengan pemikiran sesetangah Kaum Melayu, kaum aku sendiri.


Jika suatu hari nanti, apabila pada ketika itu Melayu tidak lagi berkuasa, usahlah kamu menangis atau menyesali. Ketika itu kamu telah terlambat. Kamu akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukanoleh nenek moyang kita 450 tahun yang lepas ketika Melayu tidak lagi berkuasa sebaliknya kaum asing ( Potugis, Belanda, Enggeris dan Jepun) berkuasa. 


Mesti mereka akan berkata, " kita rampas balik pada pilihanraya yang akan datang ". Janganlah kamu berangan. Persempadanan untuk pilihanraya pasti akan ditukar dengan meletakkan satu keadaan di mana kaum Melayu akan menjadi "minoriti" dan majoritinya adalah cina dan india. Dan kesannya, kita, Melayu akan kalah pada setiap kali pilihanraya. Dan itulah yang terjadi di Singapura.




p/s : sedarlah wahai melayu. usah lena dengan keistimewaan yang diberikan. 

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin