Wednesday, June 15, 2011

kalau aku kata Melayu Malaysia pemalas..korang marah tak?



Sekali lagi aku ingin bertanya, kalau aku mengatakan bahawa bangsa Melayu Malaysia pemalas, agak-agak ada orang marah aku tak? Atau ada yang bersetuju dengan pendapat aku? Aku tak kisah pun kalau ada yang ingin menghentam aku kerana aku berkata sedemikian. Dah memang terbukti hampir keseluruhan Melayu Malaysia sememangnya pemalas tetapi ingin hidup senang dan mewah.


Bukti? Aku pernah dengar ceramah daripada pegawai yang menganjurkan kursus burung walit. Mengapa beliau mengatakan perusahaan sarang burung walit amat sesuai dengan perangai dan tabiat orang Melayu?


5D  - Duduk Diam Diam Dapat Duit.


Kerana formula 5D tersebut, ia dikatakan amat sesuai dengan tabiat dan perangai orang Melayu. Tak nak kerja banyak, malas kerja berat-berat, tak nak kerja lebih masa sebaliknya nak kerja yang paling ringan,paling senang dan paling mudah tapi nak pulangan yang lumayan.


Lagi satu, orang Melayu kalau boleh semua nak semua barang free. Nak tau mengapa saya cakap macam tu? Baca keratan di bawah....


" Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengulangi tuntutan rakyat supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma. "


" DPPWP juga, katanya menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun.
“Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai,” katanya.
Tambahnya, dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.
Dalam bab yang lain, katanya DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan  pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara.
Ini, ujarnya kerana DPPWP melihat kos pengajian di dalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara.
“Berdasarkan pengalaman alumni universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar di dalam negara,” katanya. "
Jadi, salahkah kalau aku berkata sedemikian? Adakah aku saja-saja mereka cerita?

Bacaan lanjut, sila klik DI SINI.....

Thursday, June 9, 2011

DAP akan mengetuai kerajaan selepas PRU13!!!!!!

Aku masih ingat kata-kata bos aku, kita orang Melayu, sementara ada kuasa seharusnya berbuat sesuatu untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera yang lain. Jika tidak, pasti kita akan ditindas oleh bangsa asing seperti Cina dan India. Dalam kita yang masih lagi berkuasa pun, kita tetap ditindas juga terutamanya dalam aspek ekonomi dan perniagaan. 


Tapi, aku cukup sedih. Masih ramai Melayu-melayu di luar sana yang tidak nampak semua ini. Apa sahaja yang Melayu seperti mereka katakan, mereka dengan pantas menidakkannnya. Mereka hanya akan mengiyakan jika ada habuan untuk mereka. Dengan kata lain, Melayu yang ada sekarang, cukup murah nilai martabatnya. Mengapa? Apa sahaja yang dikatakan oleh bangsa asing seperti cina, Melayu di luar sana cukup cepat mengiyakannya. Sedangkan mereka tahu apa yang diperkatakan oleh cina itu sebenarnya tidap benar sekali.


Cuba kita lihat sekarang, ramai pemuda-pemuda dan gadis-gadis yang bekerja di kedai-kedai cina. Dan tahukah kamu apa yang diperkatakan oleh cina-cina tersebut terhadap orang-orang Melayu yang bekerja di kedai mereka? Ini bukan satu cerita rekaan, ini adalah kebenaran. 


Anak bos aku, sudah tentu orang Melayu. Namun dia fasih berbahasa cina. Ketika dia habis belajar tingkatan lima, ayahnya meminta supaya dia bekerja di kedaiorang cina dengan syarat tidak menunjukkan kebolehan berbahasa cina. Apa sahaja yang dikatakan oleh cina tersebut mesti dicatit didalam buku. Ternyata kata-kata mereka cukup menyakitkan hati. BODOH, TIDAK GUNA, GILA, dan yang seerti dengannya menjadi panggilan ganti nama diri untuk pekerja mereka tatkala mereka bersembang sesama mereka. Cukup dua bulan bekerja, sebelum berhenti, anaknya memohon untuk berhenti kerja dengan berbahasa cina. Jika boleh dirakam wajah dan reaksi cina tersebut ketika itu. Cukup terperanjat mereka.


Namun, aku cukup sedih dengan Melayu yang ada sekarang. Mereka tetap menyokong segala usaha dan mengiyakan kata-kata dari kaum cina mahupun india. Tidakkah mereka sedar, bagaimana nasib yang akan mereka terima suatu hari nanti. Ataupun tidakkah mereka terfikir nasib-nasib anak mereka pada masa akan datang? Tidak perlu mereka pergi jauh, tengok sahaja nasib-nasib Melayu di Pulau Pinang. Tanah-tanah mereka dengan senang "dicerobohi" dengan alasan pembangunan. Mereka tidak berkata apa-apa walau sepatah.


Tapi, apabila kerajaan ingin memajukan perkampungan Melayu ( kampung baru ) di Kuala Lumpur, terus dikatakan kerajaan seolah-olah seperti lintah yang menghisab darah. Mengumpul keuntungan dari titik peluh orang lain. Kerajaan akan menganiayai orang-orang Melayu ( pemilik tanah ) dengan merampas tanah mereka. Walhal pemilikan tanah tidak ditukar. Aku cukup hairan. Cukup hairan dengan pemikiran sesetangah Kaum Melayu, kaum aku sendiri.


Jika suatu hari nanti, apabila pada ketika itu Melayu tidak lagi berkuasa, usahlah kamu menangis atau menyesali. Ketika itu kamu telah terlambat. Kamu akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukanoleh nenek moyang kita 450 tahun yang lepas ketika Melayu tidak lagi berkuasa sebaliknya kaum asing ( Potugis, Belanda, Enggeris dan Jepun) berkuasa. 


Mesti mereka akan berkata, " kita rampas balik pada pilihanraya yang akan datang ". Janganlah kamu berangan. Persempadanan untuk pilihanraya pasti akan ditukar dengan meletakkan satu keadaan di mana kaum Melayu akan menjadi "minoriti" dan majoritinya adalah cina dan india. Dan kesannya, kita, Melayu akan kalah pada setiap kali pilihanraya. Dan itulah yang terjadi di Singapura.




p/s : sedarlah wahai melayu. usah lena dengan keistimewaan yang diberikan. 

Thursday, May 12, 2011

ISA!! time to use

Credit to Abe Long


Salam dan selamat sejahtera semua, pembaca blog saya, dan seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, hari ini, saya masih lagi bernyawa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Masih boleh menaip dan membuat entry yang tak seberapa. Entri kali ini, berbentuk nasionalis. Bukan berbentuk " racist ". Hanya sekadar apa yang terfikir di kepala. Hanya sekarang pandangan dari saya, seorang rakyat Malaysia seperti anda semua dan saya adalah Melayu. 

Pelbagai isu yang timbul sekarang dan disensasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Sungguh tidak berguna mereka ini semua. 

Kisah isu video seks pakcik nuar berahim, saya tidak ingin mengambil kisah. Itu masalah moral dan peribadi pakcik nuar sendiri. Tidak ada kaitan dengan saya, tidak ada kaitan dengan bangsa Melayu, dan tidak ada kaitan dengan lain-lain kaitan. Ya!! dia merupakan Melayu, mencemarkan nama bangsa Melayu itu sendiri tapi Melayu sebenarnya tidak bersalah dan Melayu itu sendiri tidak terlebih dan tidak terkurang kedudukannya.

Begitu juga dengan Islam, kesucian Islam sedikit pun tidak tercalar, maruah Islam itu sendiri tidak tergugat. Yang tercalar dan berbau busuk itu, pakcik nuar itu sendiri. Antara benar atau tidak dakwaan mengatakan pelakon video seks itu, terserah kepada pihak polis membuat siasatan. Adakah benar atau tidak. Dan jika benar seperti yang diwar-warkan bahawa pihak polis mungkin akan dipengaruhi oleh pihak kerajaan teraju parti barisan nasional, jangan kita lupa, pengadilan di Mahkamah Ilahi adalah Maha Adil Dan Saksama. 

Sama juga dengan kes liwat pakcik nuar berahim yang tidak berkesudahan. Biar yang Maha Kuasa lagi Maha Adil dan Saksama yang menentukan. Namun, kita sebagai rakyat di Malaysia yang mempunyai Undang-undang dan Perlembagaan sendiri, biarlah pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh tanpa terlibat dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik masing-masing. Biarkan ia diadili dengan adil dan saksama dengan peruntukan undang-undang yang kita terutamanya mengikut syariat Islam. Kenapa? Kerana pakcik nuar berahim tu merupakan orang Melayu yang beragama Islam.

Dan isu yang terbaru, yang mengatakan terdapat pihak-pihak bukan Islam yang sedang berusaha keras untuk menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Bagi aku, di sinilah ketika dan masanya pihak kerajaan sepatutnya menggunakan Akta ISA dan menahan mereka-mereka yang terlibat jika ia benar-benar terbukti. Jika benar-benar terdapat pihak yang terlibat, gunakan Akta ISA. Tidak perlu takut-takut. Usah gentar dengan mereka-mereka yang mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan pihak kerajaan dengan memberikan pelbagai fitnah kepada rakyat untuk tidak menyokong pihak kerajaan. 

Jika benar pihak kerajaan berbuat demikian, saya pasti, seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam akan menyokong pihak kerajaan tanpa berbelah bahagi. Di sinilah waktu dan masanya  UMNO-BN menyatakan pendirian bahawa UMNO bukan sahaja parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi juga parti yang kuat memperjuangkan agama Islam. UMNO-BN usah takut dan gentar dengan ugutan dari mana-mana pihak walaupun dari parti komponen BN sendiri. Nyatakan pendirian kamu dengan tegas. Biar seluruh orang Melayu di Malaysia dan rakyat yang beragama Islam  yang lain. Biar mereka yakin dengan kamu. Biar mereka akhirnya akan menyokong kamu.

Tengok sini, PAS dan  PKR jadi pak turut DAP , jadi, UMNO-BN seharusnya memainkan peranan sebagai pembela kepada Agama Islam. Tidak perlu menunggu PAS atau PKR mengambil tindakan. Mereka sudah tersesat dengan perjuangan parti untuk ke Putrajaya. Mereka lebih mementingkan kuasa berbanding ISLAM yang mereka anuti yang kian ditindas. Mereka bukan sahaja tidak membuat apa-apa tindakan malah turut menyokong apabila terdapat beberapa blogger yang mendedahkan isu ini dikatakan sebagai racist,  sebagai penghasut kepada rakyat kerana pendedahan mereka dikatakan sebagai menghasut orang ramai. Apabila blogger Melayu mempertahankan hak mereka sebagai bumiputera, mereka turut dikatakan racist. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang menyatakan sedemikian merupakan dari bangsa dan kelompok yang sama. Dari bangsa Melayu yang bergama Islam sendiri. Malah ada pihak yang menghasut orang ramai supaya membuat laporan polis.


Cuba kamu lihat sedutan video tersebut, adakah kamu sebagai melayu tidak terasa dengan kandungan sedutan video dari nawawi? Mereka secara terang-terangan mengata kepada kita bangsa Melayu, namun kamu hanya berdiam diri sahaja. Tapi apabila salah seorang dari bangsa kamu cuba membela kaum kamu juga, kamu akhirnya menentang, membuat laporan polis, dan menuduh mereka racist. Adakah kamu seorang yang berpelajaran? Atau kamu langsung tidak berpelajaran? Gunakan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir, bukannya gunakan kepala lutut kamu.



p/s : Fikir-fikirkan, guna akal.bukan kepala lutut. orang kafir sedang menjatuhkan agama islam kamu. takkan kamu nak biar sahaja? malah lebih bodoh, kamu menyokong mereka. Islamkah kamu?

Saturday, May 7, 2011

ISLAM Agama Rasmi MAlaysia

Malaysia merupakan sebuah Negara Islam. Termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut perkara 152, beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana kaum di Malaysia. Dan kamu semua pun telah tahu perkara-perkara tersebut. Jadi tidak perlulah aku menyatakan apakah perkara tersebut.


Namun sejak akhir-akhir ini, kamu-kaum lain terutamanya kaum cina lantang mempersoalkan keistimewaan tersebut dan mereka dengan tamak halobanya dan tidak sedarkan diri meminta taraf yang sama dengan kaum bumiputera. Sedangkan mereka dengan jelasnya merupakan kaum penumpang di negara ini sejak dahulu lagi.


Isu terbaru yang dihebohkan sekarang, isu menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Mereka terlalu biadap. Wahai UMNO, jika kamu inginkan sokongan dari semua lapisan kaum MElayu yang kamu dengan lantang mengatakan memperjuangkan hak orang melayu, maka kamu harus menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. Usah perlu ditunggu sehingga terlewat baru dhendak bertindak. 


Bertindak lah sekarang!!! Buktikan kepada PAS, bahawa UMNO juga merupakan sebuah parti ISLAM di Malaysia yang memperjuangkan hak ISLAM dan  MELAYU.

Friday, March 25, 2011

nah ambik kau!!! sx!!!! panas!!!



Hohohoh panaih..panaih..mcm-mcm panaih nya tapi depa tatau yang api neraka tuh lagi panaih..

Monday, March 21, 2011

Wah..seronok! sedap pun sedap gak!

Setelah beberapa hari tidak online dan tidak membaca surat khabar mahu pun menonton berita di tv, aku seakan-akan tidak mengetahui berita politik tanah air yang terkini. Hari ini, aku sedikit terkejut. Mana tidaknya, hampir keseluruhan blog-blog yang aku follow menghasilkan entri tentang pakcik nuar dan pasangannya yang berasmaradana di katil. Aku sedikit sahaja terkejut. Jika belakang pun pakcik nuar tibai, kalo depan tu biasala kan. Lagi syok la kot. 

Tambah-tambah pula ada yang mengatakan adegan panas di ranjang tu dilakonkan bersama artis Asia yang tersohor. Rata-rata mengatakan pelakon seks yang tersohor datangnya dari Jepun. Wah...taste pakcik nuar kita ni sungguh tinggi. Tak takut ke masa dok main masuk kuar masuk kuar tu, tiba-tiba tuhan ambil nyawa masa tu...

Pakcik Nuar tak takut ke?

Thursday, March 17, 2011

Saman ekor dimansuhkan........................!@#$%^&??

Baca kat sini kalo nak tahu lebih lanjut. Tapi kalau betul pembangkang boleh memaksa pihak kerajaan yang memerintah sekarang agar menghentikan tindakan saman ekor ni. bagus jugak kan?

Bukan setakat penyokong pembangkang yang mendapat untung bahkan semua rakyat di malaysia yang merasai faedahnya iaitu bolehlah memandu laju di lebuh raya. Wow! menarik..!!! Nak pijak pedal minyak sampai habis pon boleh. Tak payah takut nak kena saman lagi.

Lepas ni boleh la kita tengok kereta-kereta dan kenderaaan lain yang hancur di tepi jalan dan bederet-deret di bengkel membaiki kereta cina. Kaya lagi cina pasai orang-orang melayu dok bagi depa duit beribu-ribu.

Harap-harap apa yang pihak parti PAS nak buat ni berjaya. Good Luck!
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin