Friday, September 16, 2011

SEMUA SALAH KERAJAAN UMNO-BN!!! itu pasti.

Bertemu semula kita pada hari ini dengan pandangan dan pendapat peribadi aku yang tak seberapa. Jika ada benarnya, maka bolehlah anda ceduk dan jika salah, tidak salah untuk anda menegur. Menjadi tanggungjawab anda menegur jika sesuatu yang dikhabarkan adalah tidak benar.

Berbalik kepada tajuk di atas, sempena dengan ucapan oleh Najib Tun Razak semalam. Beberapa akta telah dimansuhkan untuk kebaikan semua rakyat dan negara termasuklah Akta ISA. Pihak pembangkang dari dulu lagi berusaha dan menuntut supaya akta tersebut dimansuhkan mungkin demi agenda mereka yang tersembunyi terutamanya DAP. Mereka menggunakan orang Melayu. Dan sekarang akta tersebut dimansuhkan seperti yang mereka inginkan. Berita yang cukup baikuntuk mereka. Namun bunyinya cukup sinis. Keputusan kerajaan memansuhkan Akta ISA turut mereka politikkan. Pemansuhan akta tersebut dikatakan demi kebaikan peribadi Najib sendiri dan bukannya untuk kebaikan rakyat. Sebab itulah aku letak tajuk seperti di atas. Sama ada najib terus menggunakan ISA atau memansuhkan ISA, kesannya sama sahaja. Mereka hanya pandai menunding jari menyalahkan kerajaan.





Contoh-contoh di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa apa sahaja tindakan kerajaan sama ada tentang perkara baik apatah lagi jika yang tidak baik, kesan buruk pastinya kerajaan yang menjadi penerimanya. Apa sahaja niat kerajaan untuk membantu pasti akan dimanipulasikan yang kemudiannya akan diwar-warkan sebagai gula-gula demi pilihanraya yang akan datang. Oleh itu, usahlah kita terkejut. Ini sememangnya menjadi perkara biasa dan lumrah kepada mereka yang tamak yang mungkin tidak pernah menyebut perkataan SYUKUR kepada ALLAH S.W.T yang mengatur semua ini.

Berikut pula notes hasil nukilan daripada pemilik fesbok ini. Mungkin juga merupakan pendapat beliau tentang perubahanyang dilakukan oleh Najib Tun Razak semasa berucap sempena dengan perutusan hari merdeka Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia. Pendapat beliau jika dibaca dan diteliti lebih kepada tuduhan peribadi. Apa-apa pon, anda boleh baca notes beliau di bawah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 POINT PENTING UCAPAN NAJIB: Demi Besan Komunis...ISA di hapuskan??

by Ibn Falaky on Friday, September 16, 2011 at 8:48am
1. MEMANSUHKAN Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960?
*Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi.ISA di cipta oleh Pihak British dan Barat adalah untuk mengekang dan menghalang Pengaruh Komunis. ISA bukan sahaja digunakan di Malaysia...ia meluas di semua tanah Jajahan British. Dan sudah banyak lagi ISA tidak relevan sekarang ini kerana Kuasa Besar Kominis seperti Russia telah runtuh. Di Malaysia ia digunakan bagi menahan dan memenjarakan musuh politik BN dan juga demontrasi jalanan...Ia digunakan sebagai untuk mengekalkan Pemerintahan UMNO BN. Tetapi jika ia dimansuhkan...adalah kerana Besan Komunis bakal kita terima...hehe

2. GUBAL 2 UNDANG-UNDANG BARU menggantikan ISA?
* Sedangkan banyak hal hal lain yang tidak mengunakan ISA pun mereka mengunakan Hukum Rimba dan Akta Citarasa UMNO sebagai menghalang Kebangkitan rakyat. Rakyat yang berdemo pun boleh di bunuh ini kan pula akta baru?. Baju T.Shirt pun boleh diharamkan dan dirampas. Undang2 cita rasa Umno berkemungkinan boleh digantikan sebagai akta baru itu....hehe

3. MEMANSUHKAN Akta Buang Negeri 1959?
* Biomarix bertinbum masuk...Undi hantu dan I/C palsu berluasa. Adakah dengan membuang daerah itu dapat menambahkan PATI lagi sebagai pengundi BN?...Daerah mana datangnya pengundi Bimatrix itu??....hehe

4. MENGKAJI Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984?
* Harakah dan lain lain paper pun boleh kena haram dan sekat penerbitannya walaupun akta ini tidak digunakan. Misalnya "Felda Bangkrap" adakah akta ini digunakan??...tak guna pun mereka Umno BN sekat jugak...Dan media masa yang dinaungi UMNO BN sepenuhnya tidak pernah bebas pun. Sebagai satu contoh lagi Kontravesi Mat Sabu Mat Indera...UMNO BN membuat fitnah meluas di media masa mengatakan PAS dan Mat Sabu adalah penyokong Komunis...sedangkan Ucapan sebenarnya tidak disiarkan. Kalau ada mana ucapan balasan pembangkang..ia sudah di editkan..akta ini sedang berjalan??...hehe

5. MENGKAJI seksyen 27 Akta Polis 1967 peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun?
* Perhimpunan pembangakan tidak pernah diluluskan dan dibenarkan walaupun permit di mintak. Perhimpuan Patriotik yang tak berfedah langsung itu pun boleh diluluskan. Adakah akta ini digunakan? Demo kepala lembu,demo Umno di penang yang hampir huru hara dan mengancam bangsa cina di bandar penang itu adalah akta khas buat Umno??..hanya akta baru mengikut hawa nafsu Umno Bn sahaja boleh di buat. Asalkan ia bukan pembangkang...hehe

6. Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua2 Majlis Parlimen agar ketiga2 proklamasi darurat ditamatkan?
* Selama ini akta yang terkandung dan diguna pakai oleh UMNO BN itu adalah akta akta darurat yang sekarang walaupun tidak darurat telah banyak digunakan. Aadakah negara kita sekarang baru tak darurat??..dulu selama ini darurat ke??...tidak darurat pun akta akta ini di gunakan...hehe

Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi.
Penghapusan ISA??....Itulah gula-gula PRU13 nanti.

Umno mengatakan bahawa ia akan menghapuskan ISA dan digantikan dengan akta lain. Tahukah anda...Negara kita tidak Pernah di jajah?...Akta ISA yang di ambil dan digunakan oleh Umno ini adalah akta yang di Bawa oleh Pihak British. Jika British dahulu hanya Naungi dan Lindungi Malaysia dahulu...ini bermakna selama ini akta itu hanya lah sebagai akta yang dinaungi dan dilindungi...Gula-gula bakal di taburkan lagi setiap kali PRU. Dan selepas PRU ianya tidak relevan disebabkan Pelbagai Alasan lah kononnya buat UMNO BN....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi aku, apa juga tindakan kerajaan. Hasilnya tetap negatif. Mengapa aku berkata sedemikian? Jawapan yang cukup senang dah mudah. Fikiran pembangkang telah di SET kan NEGATIVE. Formulanya lebih kurang seperti di bawah.

1. negatif + negatif + negatif  + negatif = mestilah negatif.

2. negatif + positif + negatif + positif = juga negatif

3. positif + positif + positif + positif = hasilnya tetap juga negatif.

Jika berpandukan kepada formula diatas, formula yang ketiga sepatutnya hasilnya sepatutnya positif. Ini kerana sumbernya adalah positif. Sebaliknya hasilnya tetap negatif adalah di sebabkan setiap pemikiran mereka telah di setkan sebagai hasil yang negatif. Jadi, kesimpulannya, apa juga yang dilakukan oleh kerajaan, janganlah mereka berharap akan mendapat reaksi dan tindak balasyang positif dari rakyat terutamanya dari parti dan penyokong pembangkang.

Bagi aku, jika sesuatu perkara yang akan kita lakukan akan mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan, maka bolehlah kita pertimbangkan untuk dilaksanakan tetapi sebaliknya jika lebih banyak keburukan, maka abaikan. Jangan diteruskan jika kita telah mengetahui lebih banyak keburukan yangakan kita terima yang kesannya akan menyusahkan rakyat.

Tun M tolak Najib kerana UMNO-BN makin lemah?

Entri ini aku cedok dari blog ini.......


Seeperti biasa dan seperti yang selalu aku lakukan, apabila aku terbaca artikel tidak kira sama ada dari pro kerajaan atau pro pembangkang,, jika aku tidak bersetuju, maka akan aku tetap katakan aku tidak bersetuju. Kali ini ia ada kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ibrahim Ali berkenaan DEB dan Tanah Melayu yang dijajak British lebih dari 400 tahun.

Berbanding dengan lain-lain negara di Asia tenggara yang dijajah, Tanah Melayu yang namanya kini adalah Malaysia merupakan yang paling cepat membangun dan sedang menuju ke arah sebuah negara maju. Malah jika dibandingkan dengan Thailand, negara yang tidak pernah dijajah, Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia yang membawa maksuh Melayu Punya lebih membangun berbanding Thailand.

Jadi, apa yang ingin saya katakan, negara yang paling cepat membangun dengan percambahan ekonomi yang pesat telah membuka mata kepada lain-lain negara di dunia untuk mencontohi Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia. Jika lain-lain pemerintah sama ada dari kalangan negara membangun atau mundur, mereka menjadikan negara sebagai contoh dan banyak pendapat-pendapat kita mereka minta. Bagi mereka, negara kita cukup bertuah kerana memiliki negarawan yang boleh dikatakan bijak dan bijaksana. Kenapa kita yang menjadi rakyat negara ini pula tidak mengucap syukur dikurniakan negarawan yang ulung. Adakah kerana terdapat pentadbir-pentadbir yang korup?

Berbalik kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali,tempoh masa 20 tahun selepas penubuhan DEB iaitu dari 1970 hingga 1990 adalah tidak mencukupi bagi lebih memajukan lagi ekonomi orang Melayu. Mungkin betul dan mungkin juga tidak. Jika dibandingkan dengan pencapaian negara sehingga kini, kita sepatutnya telah mencapai 30% pegangan ekonomi untuk kaum bumiputera. Adalah tidak mustahil jika sasarn 30% pegangan ekonomi negara dimiliki oleh orang Melayu. Tapi, apakah penyebab tidak berlakunya seperti yang disasarkan. Berikut adalah beberapa pendapat yang negatif (mungkin) yang keluarkan dengan penuh emosi oleh beberapa orang yang boleh dikatakan agak !@#$%^&*?



Konklusinya sebab mengapa Melayu tetap tidak boleh mencapai matalamat untuk memegang 30% pegangan ekonomi negara adalah berpunca dari Melayu-melayu seperti diatas yang hanya pandai menyalahkan orang lain sebaliknya diri sendiri hanya kerja untuk cari kelemahan dan kesilapan orang lain. Jika ramai rakyat Tanah Melayu yang namanya kini Malaysia setelah kemasukan Sabah dan Sarawak,walaupun diberi 400 tahun sekali pun, usahkan 30%, 10% pun belum tentu gamaknya.

Itu belum lagi ditunjukkan dengan perangai-perangai yang ingin cepat kaya dalam tempoh yang singkat. Kena ampu sikit oleh kaum cina, terus percaya bulat-bulat. 

p/s : Melayu tetap Melayu yang ciri-cirinya kuat dengki dengan kejayaan orang lain dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan diri mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada penulis blog ini, walaupun kebenaran tidak didahulukan namun setiap ayat yang anda coretkan tidak diubah walaupun sedikit. Dan di sini juga ingin di tambah sedikit idea yang tak seberapa. Pada awal penubuhna DEB, Melayu bumiputera diberi pelbagai bantuan dan subsidi  dengan tujuan untuk memajukan ekonomi orang Melayu. Pelbagai lesen diberikan dengan mudah dengan harapan Melayu tersebut akan maju dan seterusnya akan dapat membantu Melayu yang lain. Lesen pembinaan, lesen pembalakan, lesen pengangkutan awam dan lain-lain lesen yang bertujuan untuk membantu. Namun, seperti yang diutarakan oleh penulis diatas, Melayu cepat ingin kaya dan hidup senang dengan senangnya ditipu oleh kaum cina dengan menjual lesen tersebut dengan harga yang bagi mereka sudah cukup tinggi yang akhirnya telah menyebabkan kaum cina membuat keuntungan berlipat ganda dari apa yang diberikan kepada Melayu tadi.


Seperti sekarang, subsidi baja, beras, minyak petrol dan diesel telah disalahgunakan. Kesannya menyebabkan pihak kerajaan menarik balik subsidi yang diberikan. Akhirnya mereka yang susah. Diberi subsidi petrol dan diesel, dijualnya kepada rakyat asing. Hanya kerana keuntungan yang tidak seberapa. Apabila subsidi ditarik balik, mereka mula memprotes dan kesannya kerja tidak jalan. 


Jika terus ditulis disini, sudah pasti ramai Melayu yang akan terasa hati. Ramai Melayu di luar sana akan memaki hamun saya kerana mendedahkan segala keburukan bangsa sendiri tapi ini hakikat yang perlu kita akui yang menjadi pengahalang mengapa kita bangsa Melayu masih tidak mampu menguasai eknomi negara walaupun hanya pada tingkat 30% sahaja. Sedangkan kita ketahui, kuasa membeli ada pada tangan orang Melayu.


apa-apa pun, sama-samalah kita renungkan dan usah berhenti dari berusaha untuk lebih memajukan kaum kita sendiri.

Tuesday, August 23, 2011

BERSIH dan pembangkang


BERSIH 2.0 dah lama lepas, tapi aku baru rasa nak menaip dan menghasilkan ayat-ayat berkenaan dengan BERSIH 2.0. Entah boleh nakdikatakan aku ketinggalan zaman atau tidak. Tapi, aku punya pendapat sendiri.


Cuba kita fikir, jika benar seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang bahawa pilihanraya di Malaysia dijalankan secara tidak telus dan dikawal oleh BN agar BN terus menang dan menang!! Cuba kita fikir, logikkah andaian dan tuduhan sedemikian? Andai SPR sudah tidak telus dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan hanya berpihak kepada kerajaan BN sahaja, cuba kamu dan kamu sekalian berfikir, mampukah Pakatan pembangkang menggenggam erat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan? Mampukah mereka menawan 4 buah negeri ini?

Dan jika SPR begitu hina menjual maruah diri mereka kepada BN, bolehkan PAS mentadbir Kelantan sehingga ke hari ini? Berpeluangkah PAS, PKR, dan DAP mentadbir 4 buah negeri ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Bagi aku, jangan harap mereka boleh memerintah 4 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan jika SPR tidak telus dan tidak amanah.

Itu pendapat peribadi aku bagaimana aku meletakkan kedudukan SPR dalam menentukan sama ada mereka telus atau tidak.

Aku ada bertanyakan seorang kawan perempuan yang berada di Kota Bharu. Secara kebetulan aku melihat gambar profile beliau menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai yang lalu. Dan ini merupakan respon beliau.



Korang google jelah apa maksud kata-kata beliau di atas. Tapi jika benar PAS terutamanya berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan menggunakan kata-kata dan berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam walaupun mereka berlainan parti. BN-Umno tidak pernah melarang umat Islam dari beramal ibadat. Tidak pernah memaksa umat Islam melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Jadi mengapa sampai teruk sebegini PAS meletakkan betapa hinanya maruah umat Islam hanya kerana mereka menyokong Umno.




Tidak sepatutnya PAS mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita sesama Islam, sesama Melayu. 


Bagi aku, jika mereka mengatakan UMNO tidak memperjuangkan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam. Aku akan lebih memihak kepada UMNO. Mengapa? UMNO tidak pernah melarang umat Islam di Malaysia dari melakukan ibadat kepada Allah dan tidak memaksa umat Islam melakukan kejahatan sebaliknya PAS yang sejak dahulu berlandaskan kepada Islam sering mengeluarkan kenyataan yang menuduh dan menghina sesama umat Islam. Contohnya seperti gambar di atas.


Jadi, berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis. Walaupun orang tersebut melakukan 99 kesalahan dan kejahatan tetapi hanya melakukan 1 kebaikan. Lihatlah kebaikan mereka yang 1 itu. 


Bagi aku, jika satu-satu perkara yang kita ingin lakukan akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan, maka lupakanlah.


Dan aku juga menganggap, selama 54 tahun BN memerintah, ia merupakan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T dan Qada' dan Qadar dari Allah juga yang tidak memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP memerintah Malaysia. Mengapa? ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN.


ps : Bulan Ramadhan, perbanyakkan amal ibadat, bukan kata mengata

Wednesday, August 17, 2011

GEMPAR!!! Zuraida Kamarudin dimakan SUMPAH!!

Refer kepada entri dari blog House PK, mengatakan bahawa Zuraida Kamarudin selaku Ketua Wanita PKR telah membuktikan bahawa kerajaan UMNO-BN menangguk dikahir keruh apabila mengambil kesempatan dalam program pemutihan pendatang asingdi negara yang sedang berlangsung sekarang.


Tapi bila difikirkan balik, berkemungkinan Si Zuraida ni terjumpa surat angkat sumpah dia punya dulu kot. Kan dia pon Geng 71 jugak. Ini bermakna dia mendapat kerakyatan Malaysia melalui permohonan juga. Mungkin juga dia juga sama seperti dakwaannya, mungkin dulu-dulu dia juga PATI yang diberikan kerakyatan dengan syarat menyokong BN semasa pilihanraya.


Kerana nak dapatkan kerakyatan, dia mungkin pernah bersumpah seperti yang diwar-warkan sekarang.




Jika dia pernah bersumpah sedemikian, nasihat aku, berhati-hati. Anda mungkin akan disambar petir atau apa-apa jua balasan kerana ANDA TELAH MELANGGAR SUMPAH TERSEBUT dengan bukan sahaja tidak menyokong bahkan lebih teruk dengan membangkang pula.


p/s : Hati2. nanti dimakan dek sumpah

Thursday, July 28, 2011

antara kaedah asal, biometrik dan dakwat kekal

Sekarang heboh berkenaan masalah penggunaan dakwat kekal yang dikehendaki oleh pihak pembangkang dan idea baru dari SPR yang mengutarakan idea penggunaan kaedah biometrit bagi mngelakkan berlakunya pengundian melebihi satu kali bagi setiap orang dalam pilihanraya nanti.

Jadi, idea aku pula kepada pihak SPR, pihak kerajaan dan pihak pembangkang cukup senang. Semua pihak mahu idea mereka digunakan. Kononnya mahu pilihanraya akan datang bersih dan tidak berlaku penipuan. Idea aku seperti berikut.

1. Gunakan kaedah seperti yang biasa digunakan,

2. Gunakan juga kaedah biometrik ( sistem cap jari ) yang diutarakan oleh SPR dan

3. Turut menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya akan datang.

Gunakan ketiga-tiga kaedah di atas. Dengan ini, tidak akan ada sesiapa yang boleh mengatakan bahawa pilihanraya akan datang tidak telus dan tidak amanah. Pihak pembangkang terutamanya, mereka tidak akan dapat menuduh SPR tidak telus dan tidak amanah. 

Apa yang lebih baiknya apabila menggunakan ketiga-tiga kaedah di atas, pilihanraya akan datang PASTI TELUS DAN TIDAK AKAN BERLAKUNYA PENIPUAN.

Saturday, July 23, 2011

Menabung selama 100 tahun?

Blog aku adalah apa yang aku terfikir maka akan aku menaip dan menghasilkan ayat. Jadi, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, maka akan aku tulis. Dan jika perlu, akan aku kutuk..


Apa yang aku fikir sekarang, aku langsung tidak percaya isteri PM iaitu rosmah boleh menyimpan wang sejak kecil (menabung) sehingga boleh membeli sebentuk cincin yang kata mereka berharga RM 24 juta. 


She's only PM's wife, semestinya tidak mempunyai gaji. Jadi bagaimana Rosmah boleh menabung? Atau PM memberikannya wang saraan sebanyak RM15 000.00 sebulan? Jika sebanyak itu pun, apabila didarab 15 000 x 100 (tahun), hasilnya RM 1 500 000.00. Belum lagi mencecah 10 juta. Itu belum ditolak lagi dengan masa bayi dan kanak-kanak yang tentunya duit poket ketika itu sekadar mungkin RM 1 sahaja?


Jadi bagaimana Rosmah ingin menjawab?

Thursday, July 21, 2011

KEDAH DIPENUHI HIBURAN SEPANJANG RAMADHAN

PAS semakin hari aku lihat semakin teruk. PAS banyak mendedahkan perangai buruk mereka berbanding perangai yang baik-baik. Semuanya gara-gara untuk menjejak kaki di Putrajaya seterusnya memerintah Malaysia. Tapi tahukah mereka, jika Pakatan Rakyat menang sekalipun, aku yakin, PAS hanya akan diberikan 1 sahaja kerusi dalam barisan menteri. Seperti yang dilakukan oleh BN yang hanya memberikan 1 kerusi menteri kepada kaum India.


PAS tidak lagi menunjukkan mereka parti yang Islamik yang lebih menegakkan Islam di Malaysia. Mereka lebih memikirkan untuk mencari penyelesaian agar sama-sama suka dan gembira. Contohnya seperti yang berlaku di Kedah. Kenyataan menteri besar yang pada awalnya mahu menutup semua operasi hiburan sepanjang bulan Ramadhan sudah dibatalkan dan hanya mengikut telunjuk YB DAP yang hanya berapa kerat sahaja di Kedah.


Itu satu petunjuk awal yang memberikan kita gambaran awal bahawa PAS hanya akan mengikut telunjuk PKR ataupun DAP.
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin