Tuesday, August 23, 2011

BERSIH dan pembangkang


BERSIH 2.0 dah lama lepas, tapi aku baru rasa nak menaip dan menghasilkan ayat-ayat berkenaan dengan BERSIH 2.0. Entah boleh nakdikatakan aku ketinggalan zaman atau tidak. Tapi, aku punya pendapat sendiri.


Cuba kita fikir, jika benar seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang bahawa pilihanraya di Malaysia dijalankan secara tidak telus dan dikawal oleh BN agar BN terus menang dan menang!! Cuba kita fikir, logikkah andaian dan tuduhan sedemikian? Andai SPR sudah tidak telus dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan hanya berpihak kepada kerajaan BN sahaja, cuba kamu dan kamu sekalian berfikir, mampukah Pakatan pembangkang menggenggam erat Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan? Mampukah mereka menawan 4 buah negeri ini?

Dan jika SPR begitu hina menjual maruah diri mereka kepada BN, bolehkan PAS mentadbir Kelantan sehingga ke hari ini? Berpeluangkah PAS, PKR, dan DAP mentadbir 4 buah negeri ini termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Bagi aku, jangan harap mereka boleh memerintah 4 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan jika SPR tidak telus dan tidak amanah.

Itu pendapat peribadi aku bagaimana aku meletakkan kedudukan SPR dalam menentukan sama ada mereka telus atau tidak.

Aku ada bertanyakan seorang kawan perempuan yang berada di Kota Bharu. Secara kebetulan aku melihat gambar profile beliau menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan 9 Julai yang lalu. Dan ini merupakan respon beliau.



Korang google jelah apa maksud kata-kata beliau di atas. Tapi jika benar PAS terutamanya berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan menggunakan kata-kata dan berdoa untuk menjahanamkan sesama umat Islam walaupun mereka berlainan parti. BN-Umno tidak pernah melarang umat Islam dari beramal ibadat. Tidak pernah memaksa umat Islam melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah. Jadi mengapa sampai teruk sebegini PAS meletakkan betapa hinanya maruah umat Islam hanya kerana mereka menyokong Umno.




Tidak sepatutnya PAS mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita sesama Islam, sesama Melayu. 


Bagi aku, jika mereka mengatakan UMNO tidak memperjuangkan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam. Aku akan lebih memihak kepada UMNO. Mengapa? UMNO tidak pernah melarang umat Islam di Malaysia dari melakukan ibadat kepada Allah dan tidak memaksa umat Islam melakukan kejahatan sebaliknya PAS yang sejak dahulu berlandaskan kepada Islam sering mengeluarkan kenyataan yang menuduh dan menghina sesama umat Islam. Contohnya seperti gambar di atas.


Jadi, berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadis. Walaupun orang tersebut melakukan 99 kesalahan dan kejahatan tetapi hanya melakukan 1 kebaikan. Lihatlah kebaikan mereka yang 1 itu. 


Bagi aku, jika satu-satu perkara yang kita ingin lakukan akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan, maka lupakanlah.


Dan aku juga menganggap, selama 54 tahun BN memerintah, ia merupakan Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T dan Qada' dan Qadar dari Allah juga yang tidak memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP memerintah Malaysia. Mengapa? ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN.


ps : Bulan Ramadhan, perbanyakkan amal ibadat, bukan kata mengata

Wednesday, August 17, 2011

GEMPAR!!! Zuraida Kamarudin dimakan SUMPAH!!

Refer kepada entri dari blog House PK, mengatakan bahawa Zuraida Kamarudin selaku Ketua Wanita PKR telah membuktikan bahawa kerajaan UMNO-BN menangguk dikahir keruh apabila mengambil kesempatan dalam program pemutihan pendatang asingdi negara yang sedang berlangsung sekarang.


Tapi bila difikirkan balik, berkemungkinan Si Zuraida ni terjumpa surat angkat sumpah dia punya dulu kot. Kan dia pon Geng 71 jugak. Ini bermakna dia mendapat kerakyatan Malaysia melalui permohonan juga. Mungkin juga dia juga sama seperti dakwaannya, mungkin dulu-dulu dia juga PATI yang diberikan kerakyatan dengan syarat menyokong BN semasa pilihanraya.


Kerana nak dapatkan kerakyatan, dia mungkin pernah bersumpah seperti yang diwar-warkan sekarang.




Jika dia pernah bersumpah sedemikian, nasihat aku, berhati-hati. Anda mungkin akan disambar petir atau apa-apa jua balasan kerana ANDA TELAH MELANGGAR SUMPAH TERSEBUT dengan bukan sahaja tidak menyokong bahkan lebih teruk dengan membangkang pula.


p/s : Hati2. nanti dimakan dek sumpah
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin