Saturday, July 23, 2011

Menabung selama 100 tahun?

Blog aku adalah apa yang aku terfikir maka akan aku menaip dan menghasilkan ayat. Jadi, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, maka akan aku tulis. Dan jika perlu, akan aku kutuk..


Apa yang aku fikir sekarang, aku langsung tidak percaya isteri PM iaitu rosmah boleh menyimpan wang sejak kecil (menabung) sehingga boleh membeli sebentuk cincin yang kata mereka berharga RM 24 juta. 


She's only PM's wife, semestinya tidak mempunyai gaji. Jadi bagaimana Rosmah boleh menabung? Atau PM memberikannya wang saraan sebanyak RM15 000.00 sebulan? Jika sebanyak itu pun, apabila didarab 15 000 x 100 (tahun), hasilnya RM 1 500 000.00. Belum lagi mencecah 10 juta. Itu belum ditolak lagi dengan masa bayi dan kanak-kanak yang tentunya duit poket ketika itu sekadar mungkin RM 1 sahaja?


Jadi bagaimana Rosmah ingin menjawab?

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin