Thursday, July 21, 2011

KEDAH DIPENUHI HIBURAN SEPANJANG RAMADHAN

PAS semakin hari aku lihat semakin teruk. PAS banyak mendedahkan perangai buruk mereka berbanding perangai yang baik-baik. Semuanya gara-gara untuk menjejak kaki di Putrajaya seterusnya memerintah Malaysia. Tapi tahukah mereka, jika Pakatan Rakyat menang sekalipun, aku yakin, PAS hanya akan diberikan 1 sahaja kerusi dalam barisan menteri. Seperti yang dilakukan oleh BN yang hanya memberikan 1 kerusi menteri kepada kaum India.


PAS tidak lagi menunjukkan mereka parti yang Islamik yang lebih menegakkan Islam di Malaysia. Mereka lebih memikirkan untuk mencari penyelesaian agar sama-sama suka dan gembira. Contohnya seperti yang berlaku di Kedah. Kenyataan menteri besar yang pada awalnya mahu menutup semua operasi hiburan sepanjang bulan Ramadhan sudah dibatalkan dan hanya mengikut telunjuk YB DAP yang hanya berapa kerat sahaja di Kedah.


Itu satu petunjuk awal yang memberikan kita gambaran awal bahawa PAS hanya akan mengikut telunjuk PKR ataupun DAP.

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin