Thursday, July 28, 2011

antara kaedah asal, biometrik dan dakwat kekal

Sekarang heboh berkenaan masalah penggunaan dakwat kekal yang dikehendaki oleh pihak pembangkang dan idea baru dari SPR yang mengutarakan idea penggunaan kaedah biometrit bagi mngelakkan berlakunya pengundian melebihi satu kali bagi setiap orang dalam pilihanraya nanti.

Jadi, idea aku pula kepada pihak SPR, pihak kerajaan dan pihak pembangkang cukup senang. Semua pihak mahu idea mereka digunakan. Kononnya mahu pilihanraya akan datang bersih dan tidak berlaku penipuan. Idea aku seperti berikut.

1. Gunakan kaedah seperti yang biasa digunakan,

2. Gunakan juga kaedah biometrik ( sistem cap jari ) yang diutarakan oleh SPR dan

3. Turut menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya akan datang.

Gunakan ketiga-tiga kaedah di atas. Dengan ini, tidak akan ada sesiapa yang boleh mengatakan bahawa pilihanraya akan datang tidak telus dan tidak amanah. Pihak pembangkang terutamanya, mereka tidak akan dapat menuduh SPR tidak telus dan tidak amanah. 

Apa yang lebih baiknya apabila menggunakan ketiga-tiga kaedah di atas, pilihanraya akan datang PASTI TELUS DAN TIDAK AKAN BERLAKUNYA PENIPUAN.

0 comments:

 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin