Thursday, June 23, 2011

Fahamilah maksud yang sebenar

Mengapa mesti ingin membandingkan perarakan yang dianjurkan oleh Presiden UMNO yang pertama dengan BERSIH 2.0 ? Adakah ia 2 perkara yang sama? Mengapa 2 perkara tersebut dikatakan dan dikelaskan sebagai 2 perkara yang sama? Apa bukti yang mereka ketengahkan sehingga 2 perarakan tersebut dikatakan sama? 

Apakah mereka tidak menggunakan akal yang telah dianugerahkan Ilahi? Tidak perlu aku jelaskan satu persatu mengapa sebab aku berkata demikian. Gunakanlah akal dengan sebaik-baiknya. Bacalah kepada sejarah. Fahami sejarah semula. 

Wednesday, June 15, 2011

kalau aku kata Melayu Malaysia pemalas..korang marah tak?



Sekali lagi aku ingin bertanya, kalau aku mengatakan bahawa bangsa Melayu Malaysia pemalas, agak-agak ada orang marah aku tak? Atau ada yang bersetuju dengan pendapat aku? Aku tak kisah pun kalau ada yang ingin menghentam aku kerana aku berkata sedemikian. Dah memang terbukti hampir keseluruhan Melayu Malaysia sememangnya pemalas tetapi ingin hidup senang dan mewah.


Bukti? Aku pernah dengar ceramah daripada pegawai yang menganjurkan kursus burung walit. Mengapa beliau mengatakan perusahaan sarang burung walit amat sesuai dengan perangai dan tabiat orang Melayu?


5D  - Duduk Diam Diam Dapat Duit.


Kerana formula 5D tersebut, ia dikatakan amat sesuai dengan tabiat dan perangai orang Melayu. Tak nak kerja banyak, malas kerja berat-berat, tak nak kerja lebih masa sebaliknya nak kerja yang paling ringan,paling senang dan paling mudah tapi nak pulangan yang lumayan.


Lagi satu, orang Melayu kalau boleh semua nak semua barang free. Nak tau mengapa saya cakap macam tu? Baca keratan di bawah....


" Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengulangi tuntutan rakyat supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma. "


" DPPWP juga, katanya menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun.
“Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai,” katanya.
Tambahnya, dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.
Dalam bab yang lain, katanya DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan  pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara.
Ini, ujarnya kerana DPPWP melihat kos pengajian di dalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara.
“Berdasarkan pengalaman alumni universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar di dalam negara,” katanya. "
Jadi, salahkah kalau aku berkata sedemikian? Adakah aku saja-saja mereka cerita?

Bacaan lanjut, sila klik DI SINI.....

Thursday, June 9, 2011

DAP akan mengetuai kerajaan selepas PRU13!!!!!!

Aku masih ingat kata-kata bos aku, kita orang Melayu, sementara ada kuasa seharusnya berbuat sesuatu untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera yang lain. Jika tidak, pasti kita akan ditindas oleh bangsa asing seperti Cina dan India. Dalam kita yang masih lagi berkuasa pun, kita tetap ditindas juga terutamanya dalam aspek ekonomi dan perniagaan. 


Tapi, aku cukup sedih. Masih ramai Melayu-melayu di luar sana yang tidak nampak semua ini. Apa sahaja yang Melayu seperti mereka katakan, mereka dengan pantas menidakkannnya. Mereka hanya akan mengiyakan jika ada habuan untuk mereka. Dengan kata lain, Melayu yang ada sekarang, cukup murah nilai martabatnya. Mengapa? Apa sahaja yang dikatakan oleh bangsa asing seperti cina, Melayu di luar sana cukup cepat mengiyakannya. Sedangkan mereka tahu apa yang diperkatakan oleh cina itu sebenarnya tidap benar sekali.


Cuba kita lihat sekarang, ramai pemuda-pemuda dan gadis-gadis yang bekerja di kedai-kedai cina. Dan tahukah kamu apa yang diperkatakan oleh cina-cina tersebut terhadap orang-orang Melayu yang bekerja di kedai mereka? Ini bukan satu cerita rekaan, ini adalah kebenaran. 


Anak bos aku, sudah tentu orang Melayu. Namun dia fasih berbahasa cina. Ketika dia habis belajar tingkatan lima, ayahnya meminta supaya dia bekerja di kedaiorang cina dengan syarat tidak menunjukkan kebolehan berbahasa cina. Apa sahaja yang dikatakan oleh cina tersebut mesti dicatit didalam buku. Ternyata kata-kata mereka cukup menyakitkan hati. BODOH, TIDAK GUNA, GILA, dan yang seerti dengannya menjadi panggilan ganti nama diri untuk pekerja mereka tatkala mereka bersembang sesama mereka. Cukup dua bulan bekerja, sebelum berhenti, anaknya memohon untuk berhenti kerja dengan berbahasa cina. Jika boleh dirakam wajah dan reaksi cina tersebut ketika itu. Cukup terperanjat mereka.


Namun, aku cukup sedih dengan Melayu yang ada sekarang. Mereka tetap menyokong segala usaha dan mengiyakan kata-kata dari kaum cina mahupun india. Tidakkah mereka sedar, bagaimana nasib yang akan mereka terima suatu hari nanti. Ataupun tidakkah mereka terfikir nasib-nasib anak mereka pada masa akan datang? Tidak perlu mereka pergi jauh, tengok sahaja nasib-nasib Melayu di Pulau Pinang. Tanah-tanah mereka dengan senang "dicerobohi" dengan alasan pembangunan. Mereka tidak berkata apa-apa walau sepatah.


Tapi, apabila kerajaan ingin memajukan perkampungan Melayu ( kampung baru ) di Kuala Lumpur, terus dikatakan kerajaan seolah-olah seperti lintah yang menghisab darah. Mengumpul keuntungan dari titik peluh orang lain. Kerajaan akan menganiayai orang-orang Melayu ( pemilik tanah ) dengan merampas tanah mereka. Walhal pemilikan tanah tidak ditukar. Aku cukup hairan. Cukup hairan dengan pemikiran sesetangah Kaum Melayu, kaum aku sendiri.


Jika suatu hari nanti, apabila pada ketika itu Melayu tidak lagi berkuasa, usahlah kamu menangis atau menyesali. Ketika itu kamu telah terlambat. Kamu akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukanoleh nenek moyang kita 450 tahun yang lepas ketika Melayu tidak lagi berkuasa sebaliknya kaum asing ( Potugis, Belanda, Enggeris dan Jepun) berkuasa. 


Mesti mereka akan berkata, " kita rampas balik pada pilihanraya yang akan datang ". Janganlah kamu berangan. Persempadanan untuk pilihanraya pasti akan ditukar dengan meletakkan satu keadaan di mana kaum Melayu akan menjadi "minoriti" dan majoritinya adalah cina dan india. Dan kesannya, kita, Melayu akan kalah pada setiap kali pilihanraya. Dan itulah yang terjadi di Singapura.




p/s : sedarlah wahai melayu. usah lena dengan keistimewaan yang diberikan. 
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin