Thursday, May 12, 2011

ISA!! time to use

Credit to Abe Long


Salam dan selamat sejahtera semua, pembaca blog saya, dan seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, hari ini, saya masih lagi bernyawa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Masih boleh menaip dan membuat entry yang tak seberapa. Entri kali ini, berbentuk nasionalis. Bukan berbentuk " racist ". Hanya sekadar apa yang terfikir di kepala. Hanya sekarang pandangan dari saya, seorang rakyat Malaysia seperti anda semua dan saya adalah Melayu. 

Pelbagai isu yang timbul sekarang dan disensasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Sungguh tidak berguna mereka ini semua. 

Kisah isu video seks pakcik nuar berahim, saya tidak ingin mengambil kisah. Itu masalah moral dan peribadi pakcik nuar sendiri. Tidak ada kaitan dengan saya, tidak ada kaitan dengan bangsa Melayu, dan tidak ada kaitan dengan lain-lain kaitan. Ya!! dia merupakan Melayu, mencemarkan nama bangsa Melayu itu sendiri tapi Melayu sebenarnya tidak bersalah dan Melayu itu sendiri tidak terlebih dan tidak terkurang kedudukannya.

Begitu juga dengan Islam, kesucian Islam sedikit pun tidak tercalar, maruah Islam itu sendiri tidak tergugat. Yang tercalar dan berbau busuk itu, pakcik nuar itu sendiri. Antara benar atau tidak dakwaan mengatakan pelakon video seks itu, terserah kepada pihak polis membuat siasatan. Adakah benar atau tidak. Dan jika benar seperti yang diwar-warkan bahawa pihak polis mungkin akan dipengaruhi oleh pihak kerajaan teraju parti barisan nasional, jangan kita lupa, pengadilan di Mahkamah Ilahi adalah Maha Adil Dan Saksama. 

Sama juga dengan kes liwat pakcik nuar berahim yang tidak berkesudahan. Biar yang Maha Kuasa lagi Maha Adil dan Saksama yang menentukan. Namun, kita sebagai rakyat di Malaysia yang mempunyai Undang-undang dan Perlembagaan sendiri, biarlah pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh tanpa terlibat dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik masing-masing. Biarkan ia diadili dengan adil dan saksama dengan peruntukan undang-undang yang kita terutamanya mengikut syariat Islam. Kenapa? Kerana pakcik nuar berahim tu merupakan orang Melayu yang beragama Islam.

Dan isu yang terbaru, yang mengatakan terdapat pihak-pihak bukan Islam yang sedang berusaha keras untuk menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Bagi aku, di sinilah ketika dan masanya pihak kerajaan sepatutnya menggunakan Akta ISA dan menahan mereka-mereka yang terlibat jika ia benar-benar terbukti. Jika benar-benar terdapat pihak yang terlibat, gunakan Akta ISA. Tidak perlu takut-takut. Usah gentar dengan mereka-mereka yang mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan pihak kerajaan dengan memberikan pelbagai fitnah kepada rakyat untuk tidak menyokong pihak kerajaan. 

Jika benar pihak kerajaan berbuat demikian, saya pasti, seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam akan menyokong pihak kerajaan tanpa berbelah bahagi. Di sinilah waktu dan masanya  UMNO-BN menyatakan pendirian bahawa UMNO bukan sahaja parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi juga parti yang kuat memperjuangkan agama Islam. UMNO-BN usah takut dan gentar dengan ugutan dari mana-mana pihak walaupun dari parti komponen BN sendiri. Nyatakan pendirian kamu dengan tegas. Biar seluruh orang Melayu di Malaysia dan rakyat yang beragama Islam  yang lain. Biar mereka yakin dengan kamu. Biar mereka akhirnya akan menyokong kamu.

Tengok sini, PAS dan  PKR jadi pak turut DAP , jadi, UMNO-BN seharusnya memainkan peranan sebagai pembela kepada Agama Islam. Tidak perlu menunggu PAS atau PKR mengambil tindakan. Mereka sudah tersesat dengan perjuangan parti untuk ke Putrajaya. Mereka lebih mementingkan kuasa berbanding ISLAM yang mereka anuti yang kian ditindas. Mereka bukan sahaja tidak membuat apa-apa tindakan malah turut menyokong apabila terdapat beberapa blogger yang mendedahkan isu ini dikatakan sebagai racist,  sebagai penghasut kepada rakyat kerana pendedahan mereka dikatakan sebagai menghasut orang ramai. Apabila blogger Melayu mempertahankan hak mereka sebagai bumiputera, mereka turut dikatakan racist. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang menyatakan sedemikian merupakan dari bangsa dan kelompok yang sama. Dari bangsa Melayu yang bergama Islam sendiri. Malah ada pihak yang menghasut orang ramai supaya membuat laporan polis.


Cuba kamu lihat sedutan video tersebut, adakah kamu sebagai melayu tidak terasa dengan kandungan sedutan video dari nawawi? Mereka secara terang-terangan mengata kepada kita bangsa Melayu, namun kamu hanya berdiam diri sahaja. Tapi apabila salah seorang dari bangsa kamu cuba membela kaum kamu juga, kamu akhirnya menentang, membuat laporan polis, dan menuduh mereka racist. Adakah kamu seorang yang berpelajaran? Atau kamu langsung tidak berpelajaran? Gunakan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir, bukannya gunakan kepala lutut kamu.



p/s : Fikir-fikirkan, guna akal.bukan kepala lutut. orang kafir sedang menjatuhkan agama islam kamu. takkan kamu nak biar sahaja? malah lebih bodoh, kamu menyokong mereka. Islamkah kamu?

Saturday, May 7, 2011

ISLAM Agama Rasmi MAlaysia

Malaysia merupakan sebuah Negara Islam. Termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut perkara 152, beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana kaum di Malaysia. Dan kamu semua pun telah tahu perkara-perkara tersebut. Jadi tidak perlulah aku menyatakan apakah perkara tersebut.


Namun sejak akhir-akhir ini, kamu-kaum lain terutamanya kaum cina lantang mempersoalkan keistimewaan tersebut dan mereka dengan tamak halobanya dan tidak sedarkan diri meminta taraf yang sama dengan kaum bumiputera. Sedangkan mereka dengan jelasnya merupakan kaum penumpang di negara ini sejak dahulu lagi.


Isu terbaru yang dihebohkan sekarang, isu menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Mereka terlalu biadap. Wahai UMNO, jika kamu inginkan sokongan dari semua lapisan kaum MElayu yang kamu dengan lantang mengatakan memperjuangkan hak orang melayu, maka kamu harus menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. Usah perlu ditunggu sehingga terlewat baru dhendak bertindak. 


Bertindak lah sekarang!!! Buktikan kepada PAS, bahawa UMNO juga merupakan sebuah parti ISLAM di Malaysia yang memperjuangkan hak ISLAM dan  MELAYU.
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin