Monday, January 31, 2011

kontes belog lawa kot

Lawa ke blog ini? Chance untuk menang? 100% takde peluang tapi saja-saja je nak join.

sape-sape nak join kontes ni, sila klik di sini la yer

Harga barang naik lagi!!

Ya!! Tepat sekali, harga barang bekalan makanan seperti gula, susu dan lain-lain akan naik lagi. Tak percaya? Tunggu dan lihat sahaja?

Mengapa? 
Jawapannya senang sahaja, bukan salah pengeluar.

Sebab? 
kerana bukan mereka yang menaikkan harga barangan.

Dan apa yang pasti, kita semua pasti akan menunding jari kepada kerajaan. Semua salah kerajaan. Apa sahaja yang berlaku dalam negara, pasti mangsanya ialah kerajaan. Tidak kira sama ada orang itu dari kampung mahu pun bandar. Tidak kira kaya mahu pun miskin. Tidak kira lelaki mahu pun wanita. Malah pelajar sekolah rendah pun tahu menyalahkan kerajaan juga, mungkin.

Tapi terdapat juga pekedai-pekedai yang cukup bertimbang rasa dan bijaksana. Mereka tidak meletakkan salah kerajaan semata-mata. 


Sebab?
Kerana mereka tahu, bukan pengeluar mahupun kilang yang menaikkan harga. Dan mereka juga tahu bukan kerajaan yang menaikkan harga.


Contohnya cukup senang.
Nelayan merupakan orang  yang menangkap ikan. Cuba kamu pergi dan beli ikan terus dari nelayan. Adakah harga kembong atau selayang melebihi RM7.00 ?

Habis mengapa harga ikan mahal? Lebih mahal dari ayam?
Jawapannya cukup senang. Kuasa untuk menentukan harga ikan terletak pada pemborong. Bukannya nelayan tersebut mahupun peruncit. Senang-senang cerita, orang tengah.


Dan itulah yang terjadi pada hari ini. Jika mereka ( pemborong ) memberi alasan akibat dari peningkatan harga minyak. Itu bohong semata-mata. Katakan mereka menggunakan 50 liter petrol sehari. Jika harga petrol meningkat 10sen, baru RM 5.00 kos bahan api yang meningkat. Jika didarabkan dengan 30 hari, baru RM 150.00.


Baru-baru ini, kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 10 sen seliter. Tapi tahukah kamu petrol jenis apa yang naik?




nota - Tak perlu banyak cakap. Pemborong sengaja menaikkan harga barang dengan tujuan untuk melipatgandakan keuntungan dan agenda yang tertentu. Senang sahaja sifirnya. Dan, hampir keseluruhan pemborong adalah kaum cina. Kita orang Melayu kena TIPU LAH!!!!
padan muka.

Sunday, January 30, 2011

Salam sejahtera

Kita manusia, makhluk yang dicipta bertujuan untuk menyembah Tuhan Yang MaHa Esa.
Jadi ingat, hari untuk kita meninggalkan dunia ini akan tiba.
 

My Word is My Thinking © 2011. Design By: Admin